Merupakan satu latihan gabungan/bersama yang dianjurkan bersama di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Idea pelaksanaan eksesais ini telah diilhamkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia semasa Re-treat Mesyuarat Menteri Pertahanan Negara ASEAN di Myanmar pada 20 Oktober 2014.
MNCTX ini pertama kali diadakan antara pasukan khusus tentera dan polis negara ASEAN semasa penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2015 (LIMA 15) bermula dari 13 hingga 20 Mac 2015 yang berteraskan kepada latihan menangani keganasan. Eksesais pada tahun ini juga telah disertai oleh Pasukan Khusus negara UAE.