Eksesais PAHLAWAN merupakan eksesais bersama ATM yang mengabungkan ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Eksesais ini memberi tumpuan terhadap rancangan kontigensi ATM.
Eksesais PAHLAWAN dilaksanakan samada secara STAFFEX, CPX ataupun FTX dengan menggunakan angkatan sebenar iaitu aset-aset mengikut pegangan unit (holding assets) sedia ada. Eksesais dilaksanakan secara sebelah pihak dengan pasukan musuh yang dikawal.
Tujuan eksesais adalah untuk menilai kemampuan dan keberkesanan ATM/MK AB dan komponen dalam merancang dan mengendalikan Operasi Bersama di tahap operasional dan taktikal. Ianya akan mengaturgerakan aset sebenar milik ATM. Objektif eksesais adalah seperti berikut :
1. Menguji tahap keberkesanan PELAN KONTIGENSI.
2. Menguji kesiapsiagaan ATM.
3. Menguji keberkesanan Doktrin Peperangan Bersama.