Eks PASIFIC PARTNERSHIP

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mula terlibat di dalam Eks Pacific Partnership sejak tahun 2016 yang ketika itu telah dilaksanakan di Kuantan, Pahang dan Mersing, Johor. Sejak itu ATM terus terlibat dalam eksesais pada tahun-tahun kemudiannya sehinggalah pada tahun 2019 di mana ATM telah diberi kepercayaan menganjurkan eksesais tersebut yang telah diadakan di Kuching, Sarawak. 

 Selain anggota tentera dari Amerika Syarikat, peserta dari Partner Nations adalah Australia, Canada, Filipina, Jepun, Peru, Thailand dan United Kingdom. Peserta luar negara ini telah menaiki sebuah kapal USNS Fall River yang berlabuh di Pelabuhan Pending, Kuching dari 28 Mac hingga 12 April 2019. Eks ini telah melibatkan seramai 750 pegawai dan anggota dari ATM serta Agensi Kerajaan/Awam     manakala penyertaan dari USPACOM dan Partner Nations seramai 117 anggota.                

Skip to content