Eks TIGER STRIKE

Eksesais TIGER STRIKE merupakan eksesais dua hala yang dilaksanakan bersama pihak United States Armed Forces (USF). Eksesais ini berkonsepkan eksesais amfibi dan dilaksanakan kali pertama pada tahun 2014 di kawasan Pantai Timur Sabah.

Pada asalnya eksesais ini merupakan eksesais “one off” yang dilaksanakan atas jemputan pihak USF semasa kapal laut United States Marines Corps (USMC) melalui perairan Malaysia. Walau bagaimanapun eksesais ini telah dipersetujui untuk dilaksanakan setiap tahun dengan pihak USMC. Objektif eksesais ini adalah seperti berikut: 

1.  Mengukuhkan keupayaan saling khidmat antara ATM dan USF dalam suasana operasi gabungan dan bersama dengan tumpuan kepada latihan amfibi, latihan kemahiran menembak dan operasi helikopter.

2.  Mengukuhkan keselamatan maritim, menggalakkan kerjasama dan mendorong pertukaran maklumat antara ATM dan USF.

3.  Mengukuhkan kerjasama dan hubungan baik antara ATM dan USF dengan masyarakat setempat melalui pelaksanaan projek-projek hubungan kemasyarakatan (humanitarian civic action). 

4.  Show of force kerjasama ketenteraan dalam menentukan aspek keselamatan di Timur Sabah.

5.  Keseluruhan eksesais menggunakan semua aset amfibi kepunyaan USMC dan ATM menghantar pasukan infantri untuk mempelajari dan menimba pengalaman berkenaan operasi amfibi daripada pihak USMC.

 
Skip to content