MAJLIS PERASMIAN COBRA GOLD 2023

U-TAPAO, 28 Februari 2023 – Perasmian Eksesais Cobra Gold 2023 (CG 23) telah diadakan di U-Tapao, Thailand. Seramai 42 pegawai dan anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam edisi kali ini yang diketuai oleh Kolonel Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM. Antara latihan dan aktiviti yang melibatkan warga ATM adalah Staff Exercise, Cyber Exercise, Humanitarian Civic Assistance, Humanitarian Assistance & Disaster Relief, Senior Leadership Seminar dan Combined Arms Live Firing Exercise. Malaysia adalah salah satu daripada tujuh negara dengan penyertaan penuh (full participation nation) bersama Thailand, Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan. Negara lain yang turut serta dalam eksesais ini termasuk Australia, Kanada, China dan India. Majlis perasmian CG 23 telah disempurnakan Panglima Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Chalermpol Srisawat bersama Duta Besar Amerika Syarikat ke Thailand, Tuan Yang Dipertua Robert F. Godec dan Commander of United States Indo-Pacific Command, Admiral John C. Aquilino. Cobra Gold adalah eksesais tahunan dan CG 23 merupakan edisi ke-42, menjadikannya eksesais ketenteraan yang tertua di Asia Tenggara.
Skip to content