MALBATT 850-9 telah melaksanakan Majlis Ibadah Korban dan akikah di Nadi Taming Sari, UNP 2-1,Kem Marakah, Selatan Lubnan pada 09 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijjah 1443H. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Brig Jen (K) Dato’ Sri Muez bin Abdul Aziz. Acara dimulakan dengan Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha yang diadakan di Masjid Kawkaba dan diimamkan oleh Pegawai Staf 2 Agama MALBATT 850-9, Mej (Dr) Muhamad Aidil bin Zali manakala Khutbah Aidil Adha pula disampaikan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai. Pelaksanaan Ibadah Korban dimulakan dengan simbolik penyerahan pisau sembelih daripada KSU kepada Pegawai Staf 2 Agama MALBATT 850-9. Sebanyak seekor lembu dan 89 ekor kambing telah dikorbankan sepanjang perlaksanaan ibadah tersebut. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Brig Jen (K) Dato’ Sri Muez bin Abdul Aziz bersama delegasi juga turut menyumbangkan 32 ekor kambing untuk disembelih dan diagihkan kepada penerima yang layak. Majlis turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Bersama; Lt Jeneral Dato Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM, Presiden PUSPAHANAS; Laksdya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Petra bin Syed Abdullah, SUB Kewangan KEMENTAH; Datuk Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Asisten Ketua Staf J2 MK AB; Brig Jen Dato’ Md Rahim bin Mohamad, Ketua Pengarah KAGAT; Mej Jen Haji Mohd Rashidi bin Bujai, delegasi- delegasi Kementerian Pertahanan Malaysia.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AKIKAH MALBATT 850-9