Eksesais Aman Youyi merupakan Eks Gabungan Bersama tahunan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Pembebasan Rakyat China-People Liberation Army (PLA) sejak tahun 2014. Konsep eksesais bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak semasa perancangan eksesais diadakan. Antara konsep eksesais adalah STAFFEX, CPX dan FTX. Tujuan eksesais adalah untuk melatih anggota ATM dan PLA membuat perancangan dan latihan secara bersama terutamannya operasi bantuan kemanusiaan. Eksesais ini juga secara tidak langsung memperkukuhkan hubungan baik antara kedua-dua negara. Objektif utama eksesais adalah seperti berikut:

a. Meningkatkan saling khidmat (interoperability) antara ATM dan PLA dalam operasi bantuan kemanusiaan gabungan bersama.

b. Membangunkan Standard Operating Procedure (SOP) dalam Eksesais Gabungan Bersama.

c. Berkongsi maklumat dan pengalaman antara ATM dan PLA dalam menangani bencana alam.