Eksesais BERSAMA WARRIOR adalah eksesais yang melibatkan anggota ATM bersama United States Pacific Command (USPACOM). Latihan yang dilaksanakan adalah berkonsepkan Staff Exercise (STAFFEX) dan Command Post Exercise (CPX) yang difokuskan kepada Non–Combatant Evacuation Operation (NEO), Personnel Recovery (PR), Counter Terrorism (CT), Maritime Security dan Humanitarian Support Operation. Objektif eksesais adalah seperti berikut:

a. Meningkatkan keupayaan ATM dari segi keupayaan merancang dan melaksanakan operasi gabungan dengan pihak Amerika Syarikat.

b. Meningkatkan kefahaman negara peserta dalam kerjasama perancangan dan keupayaan bagi penglibatan di dalam Military Operations Other Than War (MOOTW).

c. Meningkatkan kerjasama, integrasi dan saling bantu membantu serta hubungan akrab kedua-dua negara di dalam mencapai penyelesaian yang efektif bagi menangani isi-isu keselamatan di peringkat serantau dan antarabangsa.