Eksesais CARAT adalah Eksesais Gabungan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (USF) dalam bentuk Field Training Exercise. Tujuan eksesais adalah untuk meningkatkan saling khidmat dan pertukaran kepakaran antara ATM dengan USF di dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan kawalan eksesais. Objektif utama eksesais adalah seperti berikut:

a. Mengukuhkan keupayaan saling khidmat antara ATM dan USF dalam suasana operasi Gabungan dan Bersama.
b. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam aspek perancangan dan pelaksanaan operasi/eksesais gabungan bersama.
c. Memperluaskan skop saling khidmat maritim dari dua hala kepada pelbagai hala bagi TLDM, Tentera Laut Amerika Syarikat (USN)
d. Mengukuhkan kerjasama serta hubungan baik antara ATM dan USF bersama masyarakat setempat melalui pelaksanaan projek hubungan kemasyarakatan (HCA).