Eks COBRA GOLD adalah merupakan eks multinasional terbesar di rantau Asia-Pasifik diterajui oleh Royal Thai Armed Forces (RTARF) dan United States Pacific Command (USPACOM). Ianya merupakan eksesais tahunan yang menggabungkan 7 negara iaitu Thailand, Amerika Syarikat, Jepun, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Korea Selatan. Eksesais adalah berkonsep Command Post Exercise (CPX), Humanitarian and Civic Assistance (HCA) dan Field Training Exercise (FTX). Matlamat eksesais adalah untuk meningkatkan keupayaan merancang operasi bersama dan multinasional yang lebih efektif dan efisyen. Justeru, objektif eksesais adalah seperti berikut:

a. Berlatih sebagai satu angkatan pelbagai negara Multinational Force.
b. Meningkatkan kerjasama di kalangan negara peserta, memperbaiki hubungan dan seterusnya membangun keupayaan untuk menyelesaikan cabaran-cabaran serantau.
c. Memperbaiki dan mengekalkan hubungan ketenteraan di kalangan tentera negara Thailand, Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Indonesia, Korea Selatan dan Malaysia.
d. Meningkatkan keupayaan untuk merancang dan menjalankan operasi Gabungan (Combined) dan Bersama (Joint) di kalangan negara peserta.
e. Melibatkan negara-negara yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti penting eks (CPX/FTX/HCA) tertakluk kepada keupayaan negara peserta.