EKSESAIS BERSAMA SHIELD adalah Eksesais Gabungan Bersama angkatan tentera Pakatan Kuasa Pertahanan 5 Negara - FPDA (Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom) yang dianjurkan oleh Headquarters Integrated Area Defence System (HQIADS) dalam bentuk Field Training Exercise (FTX) berkonsepkan Peperangan Konvensional di peringkat taktikal. Tujuan eksesais ini adalah untuk melatih angkatan tentera negara FPDA dalam melaksanakan Operasi dan Eks Gabungan Bersama dalam situasi pelbagai ancaman untuk mempertahankan Malaysia (MY) dan Singapura (SG) bagi meningkatkan daya saling khidmat dan memperkukuhkan hubungan profesional. Objektif utama eks adalah seperti berikut:

a. Melatih Tentera Darat, Laut dan Udara negara-negara FPDA dalam melaksanakan Operasi Gabungan Bersama di peringkat taktikal dalam mempertahankan Semenanjung Malaysia dan Singapura.

b. Menambahbaik serta mengesahkan doktrin dan prosedur saling khidmat di antara Tentera Darat, Laut dan Udara negara-negara FPDA di dalam senario latihan gabungan bersama.

c. Mempertingkatkan tahap profesionalisma dan nilai latihan peserta-peserta di samping memperkukuhkan lagi hubungan profesional.