Eksesais SUMAN PROTECTOR merupakan eksesais anjuran bersama ATM dan negara di bawah naungan Five Power Defence Arrangement (FPDA) melibatkan Angkatan Tentera dari negara Australia, New Zealand, Malaysia, Singapura dan United Kingdom.  Eksesais ini yang berkonsepkan Command Post Exercise (CPX) berskala besar dianjurkan setiap lima tahun bertujuan untuk melatih staf FPDA di Combined Joint Task Force Headquarters (CJTF HQ) dalam melaksanakan perancangan kempen gabungan bersama di peringkat operasi.  Objektif utama eksesais adalah seperti berikut:

1. Menjalankan Latihan Operasi Bersama bagi CJTF HQ di kalangan negara-negara FPDA.

2. Mempraktikkan secara menyeluruh doktrin operasi FPDA.

3. Untuk meningkatkan saling khidmat (interoperability) antara negara-negara FPDA.