Multination Counter Terrorism Exercise (MNCTX) merupakan satu latihan gabungan/bersama yang dianjurkan bersama di antara ATM dan PDRM. Idea pelaksanaan eks ini telah diilhamkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia semasa Re-treat Mesyuarat Menteri Pertahanan Negara ASEAN di Myanmar pada 20 Okt 14. Eksesais ini adalah berteraskan kepada latihan menangani keganasan dan dibentuk untuk meningkatkan kerjasama, persefahaman, pengertian dan profesionalisme di antara Pasukan Khusus ATM dan PDRM Malaysia dan ASEAN serta UAE. Objektif eksesais adalah seperti berikut:

a. Meningkatkan tahap interoperabiliti dan military readiness dalam merancang dan melaksanakan operasi bersama bagi menangani krisis keganasan yang menggugat keselamatan dan kepentingan ASEAN.

b. Memberi pendedahan kepada peringkat pemerintahan dan staf dalam proses mencapai keputusan prosedur operasi, pentadbiran dan logistik bersama.
c. Merapatkan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama di antara Angkatan Tentera dan Polis ASEAN.