Majlis perutusan menteri pertahanan 2019 (4).JPGMajlis perutusan menteri pertahanan 2019 (1).JPGMajlis perutusan menteri pertahanan 2019 (3).JPGMajlis perutusan menteri pertahanan 2019 (2).jpg

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2019 – Lt Jen Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki Panglima Angkatan Bersama serta warga MK AB turut serta menghadiri dan mendengar amanat perutusan yang disampaikan oleh YB Tn hj Mohamad sabu menteri pertahanan maaysia. Majlis yang diadakan di dewan perkasa wisma perwira ATM dihadiri oleh warga mindef dan ATM.

MENYAMBUT KETIBAAN PAB YANG KE-12 (1).JPGMENYAMBUT KETIBAAN PAB YANG KE-12 (2).JPGMENYAMBUT KETIBAAN PAB YANG KE-12 (3).JPGMENYAMBUT KETIBAAN PAB YANG KE-12 (4).JPG

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2019 – Lt Jen Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki Panglima Angkatan Bersama ke-12 diberi penghormatan menerima tabik hormat serta memeriksa kawalan suku sebelum beliau memulakan tugas di Markas Angkatan Bersama. Ketibaan beliau disambut oleh Brig Jen Hj Md Yusof bin Aziz Ketua Staf MK AB serta diperkenalkan kepada Pegawai Kanan setiap bahagian dalam MK AB. Beliau turut melakukan perbincangan ringkas bersama pegawai kanan MK AB berkenaan aktiviti semasa markas ini.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA 9 jan 19 (4).JPGMAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA 9 jan 19 (3).JPGMAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA 9 jan 19 (1).JPGMAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA 9 jan 19 (2).JPG

KUALA LUMPUR, 9 Januari 2019 – Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama (PAB) telah diadakan di Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan. Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman merupakan PAB Ke-11 dan telah memegang tampuk pemerintahan MK AB pada 10 Julai 2018 yang lalu. Beliau akan menamatkan perkhidmatan pada tahun ini setelah 42 tahun menabur bakti pada ibu pertiwi. Upacara Serah Terima Tugas PAB di antara Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman dengan pengganti beliau Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.

Lt Jen Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki merupakan Ketua Eksekutif Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) sebelum dilantik sebagai PAB yang ke-12.Turut hadir dalam acara tersebut adalah YBhg Dato’ Halimi bin Abd Manaf KSU Kementerian Pertahanan, Panglima-panglima perkhidmatan, Pegawai-pegawai kanan ATM, warga MK AB serta MIDAS.

PERBARISAN PENGHARGAAN PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA 11 (1).JPGPERBARISAN PENGHARGAAN PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA 11 (4).JPGPERBARISAN PENGHARGAAN PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA 11 (3).JPGPERBARISAN PENGHARGAAN PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA 11 (2).JPG

KUALA LUMPUR, 9 Januari 2019 – Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Bersama (PAB) Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman telah diadakan di Padang Kawad KemKementah. Perbarisan ini merupakan perbarisan terakhir  sebelum beliau bersara setelah 42 tahun berkhidmat. Sejurus selesai acara perbarisan Panglima Angkatan Bersama serta warga MK AB beredar ke Dewan Seroja untuk Majlis Ramah Mesra dan pemberian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan kepada PAB.

EKSPEDISI PENDAKIAN BUKIT TABUR, PERMATANG KUARZA 19 dis 18 (2).JPGEKSPEDISI PENDAKIAN BUKIT TABUR, PERMATANG KUARZA 19 dis 18 (3).JPGEKSPEDISI PENDAKIAN BUKIT TABUR, PERMATANG KUARZA 19 dis 18 (1).JPGEKSPEDISI PENDAKIAN BUKIT TABUR, PERMATANG KUARZA 19 dis 18 (4).JPG

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2018 – Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah mengadakan satu Ekspedisi pendakian Bukit Tabur, Permatang Kuarza. Ekspedisi pendakian Bukit Tabur adalah merupakan salah satu aktiviti riadah MK AB yang terletak di hutan Simpanan Gombak dengan ketinggian 396 meter. Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman telah melibatkan diri dalam aktiviti riadah tersebut. Seramai 37 orang pegawai dan anggota MK AB telah mengikuti ekspedisi pendakian Bukit Tabur.