DENGKIL, 22 November 2016 - Majlis Pembukaan Eksesais Gabungan Bersama Ketenteraan Bersama Angkatan Tentera Malaysia dan The Chinese People’s Liberation Army (PLA) dalam EKSESAIS AMAN YOUYI 3/2016 telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin bertempat di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor. PLA diwakili oleh Chief of Joint Staff PLA, General Fang Fenghui dan His Excellency Ambassador Dr Huang Huikang, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia. Eksesais pada kali ini adalah lanjutan daripada Eksesais yang telah dilaksanakan pada tahun 2015 yang dikenali sebagai Eksesais Peace and Friendship 2015. Eksesais yang diadakan mulai 21 November sehingga 25 November 2016 ini menggunakan tema Humanitarian Assistance and Disaster Relief. Eksesais ini dilaksanakan secara Staff Exercise (STAFFEX) yang diadakan di Paya Indah Wetlands dan juga demonstrasi melibatkan aktiviti Jungle Survival, Combat Tracking dan Tempur Tanpa Senjata oleh ATM. Manakala PLA akan membuat demonstrasi Close Quarter Shooting dan Unarmed Combat. Eksesais ini melibatkan seramai 410 peserta iaitu 215 dari ATM dan 195 dari PLA. Pada eksesais ini juga, ATM telah menjemput Delegasi Pemerhati seramai 10 pemerhati daripada Royal Thai Armed Forces (RTARF) bagi member pandangan dan penilaian keberkesanan objektif eksesais.