20 DIS 17 - PROGRAM CIMIC (2).jpg20 DIS 17 - PROGRAM CIMIC (4).jpg20 DIS 17 - PROGRAM CIMIC (3).jpg20 DIS 17 - PROGRAM CIMIC (1).jpg

DIBA’AL, 17 Disember 2017- Satu upacara perasmian projek Metal Chassis for Canopy telah dilaksanakan di Public School of Diba’al. Projek ini telah dibiayai oleh UNIFIL sebanyak USD 28,000 di dalam kawasan tanggungjawab MALBATT. Perasmian ini telah disempurnakan oleh Lt Kol Shahir Hafizul bin Abd Rahman, Timbalan Komander Yang mewakili Komander MALBATT. Turut serta di dalam majlis tersebut adalah Mr Hajj Khurd Kamal Mayor Diba’al, Lt Kol Mauri Lehteranta wakil Komander Sektor Barat dan penduduk setempat. Projek ini telah memberi manfaat kepada semua pelajar di sekolah tersebut dan dapat meningkatkan taraf kualiti pendidikan mereka.