29 DIS 17 - PROGRAM ZIARAH BALU ALLAHYARHAM  (2).jpg29 DIS 17 - PROGRAM ZIARAH BALU ALLAHYARHAM  (4).jpg29 DIS 17 - PROGRAM ZIARAH BALU ALLAHYARHAM  (3).jpg29 DIS 17 - PROGRAM ZIARAH BALU ALLAHYARHAM  (1).jpg

Linggi, Negeri Sembilan, 29 Dis 2017 - Program ziarah kebajikan balu kepada Allahyarham Lt Kol Abd Rashid bin Shahdan telah diadakan di No 30 Rumah Rakyat Pangkalan Durian Linggi, Negeri Sembilan. Program tersebut telah disempurnakan oleh Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany Panglima Angkatan Bersama serta isteri yang juga Pengerusi BAKAT Markas Angkatan Bersama. Lawatan ini adalah sebagai tanda sokongan moral kepada waris Allahyarham dalam menghadapi musibah kehilangan ahli keluarga. Antara pengisian aktiviti adalah bertanya khabar, penyampaian derma sumbangan, penyampaian surat takziah, bacaan tahlil arwah serta penyerahan barang-barang peribadi milik Allahyarham Lt Kol Abdul Rashid bin Shahdan. Turut hadir pada program tersebut adalah Laksamana Muda Zulhelmy bin Ithnain AKS J5, pegawai kanan serta staf MK Angkatan Bersama. Salam takziah daripada warga MK Angkatan Bersama. Semoga waris Allahyarham dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini.