DSC_4208.JPGDSC_4152.JPGDSC_4256.JPGDSC_4175.JPG

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2018 – Perbarisan Penghargaan sempena Pertukaran keluar Panglima Angkatan Bersama yang ke-10 Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany telah dilaksanakan di Padang Kawad Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP). Perbarisan tersebut melibatkan 3 Detasmen yang terdiri daripada 60 pegawai dan 112 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Lt Kol Mohd Azral bin Manan. Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany mula memegang jawatan Panglima Markas Angkatan Bersama mulai 30 November 2017. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Mejar Jeneral Datuk Haji Masrani bin Paiman Ketua Staf MK AB, Pegawai-pegawai Kanan serta warga Markas Angkatan Bersama. Acara diteruskan dengan majlis ramah mesra Panglima bersama staf & warga Markas Angkatan Bersama yang diadakan di Anjung Selera MK AB.