4 Oktober 2018 - Majlis Perbarisan Pembubaran (2).JPG4 Oktober 2018 - Majlis Perbarisan Pembubaran (1).JPG4 Oktober 2018 - Majlis Perbarisan Pembubaran (3).JPG4 Oktober 2018 - Majlis Perbarisan Pembubaran (4).JPG

PORT DICKSON, 4 Oktober 2018 - Majlis Perbarisan Pembubaran dan Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (Pingat PNBB) kepada Malaysian Battalion 850-5 (MALBATT 850-5) telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi mewakili Panglima Angkatan Tenterapada 4 Oktober 2018 bersamaan hari Khamis, jam 8.00 pagi bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.
Penganugerahan Pingat PNBB kepada Kontinjen MALBATT 850-5adalah bagi mengiktiraf kejayaan Pasukan tersebut semasa menjalankan misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) di bawah PBB di Lubnan selama 12 bulan mulai 20 September 2017 hingga 24 September 2018. Perbarisan pada pagi terdiri daripada 72 pegawai dan 724 anggota lain-lain pangkat kontinjen MALBATT 850-5.
MALBATT 850-5 diketuai oleh Kolonel Khairul Anwar bin Abd Aziz selaku Komander MALBATT 850-5.Kontinjen MALBATT 850-5 dianggotai oleh seramai 850 anggota terdiri dari 79 pegawai dan 770 anggota lain-lain pangkat (LLP) termasuk 5 pegawai wanita dan 19 anggota wanita, seorang Pegawai Awam Kewangan dari Kementerian Pertahanan serta 3 pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
MALBATT 850-5 telah diaturgerakkan kembali ke tanahair secara berperingkat-peringkat. Kumpulan Pertama tiba pada 7 September 2018, Kumpulan Kedua pada 14 September 2018, Kumpulan Ketiga pada 21 September 2018 dan Kumpulan Keempat pada 28 September 2018 di Pangkalan Udara TUDM, Subang dengan menaiki pesawat Air Asia. Misi seterusnya telah diambilalih oleh MALBATT 850-6 mulai 24 September 2018, juga selama setahun. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pemerintahan Tentera Darat Diraja Brunei, wakil-wakil Panglima Perkhidmatan, dan pegawai-pegawai kanan serta anggota dari ketiga-tiga perkhidmatan.