24 Oktober 2018 – Majlis Pembukaan Eksesais Aman Youyi 18 (2).JPG24 Oktober 2018 – Majlis Pembukaan Eksesais Aman Youyi 18 (1).JPG24 Oktober 2018 – Majlis Pembukaan Eksesais Aman Youyi 18 (3).JPG24 Oktober 2018 – Majlis Pembukaan Eksesais Aman Youyi 18 (4).JPG

PORT DICKSON,  24 Oktober 2018 – Majlis Pembukaan Eksesais Aman Youyi 18 telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman mewakili Panglima Angkatan Tentera di Auditorium Sebatang Karah, Akademi Tentera Darat, Kem Segenting Port Dickson. Selepas acara perasmian pembukaan Panglima Angkatan Bersama serta tetamu kenamaan dibawa melawat ke Dewan Sebatang Karah untuk meninjau aktiviti STAFFEX yang melibatkan peserta dari Malaysia,China dan Thailand. Pada sebelah petangnya tetamu dibawa ke Lapang Sasar Menyala untuk melihat acara menembak, teknik seni mempertahankan diri tempur tanpa senjata dan Escort VIP .Turut hadir pada majlis tersebut adalah Leftenant Jeneral Ma Yiming (PLA) Deputy Chief of Joint Staff Central Military Commission(CMC), Leftenant Jeneral Suphot Malaniyom (RTARF) Director of Joint Operation (J3) Headquarters dan pegawai tinggi dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mewakili Panglima-Panglima Perkhidmatan.