29 Oktober 2018 – Majlis penutup EKSESAIS AMAN YOUYI 2018 (3).JPG29 Oktober 2018 – Majlis penutup EKSESAIS AMAN YOUYI 2018 (2).JPG29 Oktober 2018 – Majlis penutup EKSESAIS AMAN YOUYI 2018 (1).JPG29 Oktober 2018 – Majlis penutup EKSESAIS AMAN YOUYI 2018 (4).JPG

PORT DICKSON, 29 Oktober 2018 – Majlis penutup EKSESAIS AMAN YOUYI 2018 telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman mewakili Panglima Angkatan Tentera bertempat di Auditorium Sebatang Karah, Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan. EKSESAIS AMAN YOUYI 2018 bermula pada 22 hingga 29 Oktober 2108 merupakan eksesais gabungan multilateral dwi-tahunan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan People’s Liberation Army (PLA) dan Royal Thai Armed Forces (RTARF).
Eksesais ini dilaksanakan di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan manakala segmen maritim di sekitar perairan Pelabuhan Klang dan Selat Melaka. Eksesais ini dilihat mencapai objektif yang diharapkan dengan melihat hasil daripada pelaksanaan STAFFEX, Cross/Lane Training serta Maritime Exercise. Antara ojektif penganjuran eksesais ini adalah meningkatkan interoperability dan kefahaman prosedur operasi gabungan ketenteraan antara 3 buah negara. Ia juga dilihat berjaya mempertingkat perkongsian pengalaman dan pengetahuan antara para peserta dalam Peace Keeping Operation (PKO) & Peace Enforcement Operation (PEO) dikalangan pegawai tentera negara terlbat.
Secara keseluruhannya eksesais ini berjaya melatih ketumbukan ketenteraan negara yang terlibat agar dapat memperkukuhkan kerjasama, saling khidmat dan kesepakatan dalam menangani isu keselamatan serantau. Seramai 1,339 anggota dan pegawai terlibat secara keseluruhannya dalam eksesais kali ini. ATM menghantar 585 orang anggota termasuk 2 buah kapal TLDM (KD LEKIU & KD KASTURI + helikopter SUPER LYNX), PLA melibatkan 693 anggota termasuk 2 buah kapal PLA-Navy (sebuah Destroyer – CNS WUHAN & sebuah Frigate – CNS YUN CHENG dengan 2 buah helikopter Z9) manakala tiada penglibatan aset daripada RTARF dengan hanya melibatkan 54 orang anggota. Eksesais ini juga tidak melibatkan penggunaan aset tentera udara negara masing-masing. Turut hadir dalam majlis penutup EKSESAIS AMAN YOUYI 2018 ini adalah Major General Li Wieya PLA Director of & Campaign Training Bureau of Cental Military Commission (CMC) mewakili negara China manakala Major General Suthon Hmuanpitak Director of Joint Operation & Combined Exercise Planning Office Directorate Of Joint Operations RTARF Headquarters mewakili Negara Thailand serta wakil-wakil panglima perkhidmatan ATM.
Eksesais yang sebelum ini dikenali sebagai EXERCISE PEACE AND FRIENDSHIP pada tahun 2014 dan 2015 iaitu bilateral eksesais Malaysia dan China. Pada tahun 2016, RTARF mengambil bahagian dalam latihan sebagai pemerhati dan eksesais ini dinamakan EKSESAIS AMAN YOUYI. Pada eksesais tahun ini sebagai RTARF turut serta buat pertama kalinya sebagai sebagai peserta. Dengan penyertaan Thailand sebagai negara peserta ia telah menukar taraf bilateral kepada multilateral. Latihan Staff Exercise (STAFFEX) bagi eksesais ini memaparkan Operasi Pengaman (Peacekeeping Operation-PKO) dan Operasi Penguatkuasaan Perdamaian (Peace Enforcement Operation-PEO) sebagai tema utama eksesais. Latihan Lane/Cross Training yang turut terkandung dalam Eksesais ini adalah seperti Pengesanan Kombat, Sniper dan senjata kecil, Seni Bela Diri, ikhtiar hidup dan pertempuran jarak dekat. ATM yang amat terkenal dengan kepakaran dalam peperangan dihutan berkongsi ilmu dengan peserta Thailand dan China. PLA dan RTARF pula berkongsi ilmu dalam teknik/prosedur/kaedah pengiring rapat VIP dan demonstrasi menyelamat tebusan. PLA-Navy dan Tentera Laut Diraja Malaysia juga terlibat dalam beberapa latihan kapal-ke-kapal dalam fasa latihan dilaut (Maritime Exercise-MAREX). Selain itu aktiviti sukan dan acara kebudayaan turut diadakan sebagai acara sampingan bagi mengeratkan hubungan antara peserta.