30 Okt 2018 – PAB n telah menerima KH daripada  Headquarters Inter (2).JPG30 Okt 2018 – PAB n telah menerima KH daripada  Headquarters Inter (1).JPG30 Okt 2018 – PAB n telah menerima KH daripada  Headquarters Inter (3).JPG30 Okt 2018 – PAB n telah menerima KH daripada  Headquarters Inter (4).JPG

KUALA LUMPUR, 30 Okt 2018 – Panglima Markas Angkatan Bersama Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman telah menerima kunjungan hormat daripada  Headquarters Intergrated Area Defence System (HQIADS) serta Penasihat Pertahanan Negara FPDA. Delegasi seramai 21 orang diketuai oleh Komander IADS, Air Vice Marshal(AVM) Tim Innes, turut mengiringi beliau ialah Timbalan Komander IADS Brig Jen Dato’ Sun Thong a/l Eh Kaue dan Ketua Staf, Col Yap Kwee Chye RSAF. Tujuan lawatan ini ialah untuk membincangkan perancangan masa hadapan serta penambaikkan pelaksanaan Eksesais Five Power Defence Arrangements(FPDA). Satu taklimat dan perbincangan  juga telah diadakan di Bilik Mesyuarat MK AB yang di pengerusikan oleh Ketua Staf MK AB Brig Jen Dato’ Hj Md Yusof bin Aziz. Ketibaan delegasi (HQIADS) telah disambut oleh Asisten Ketua Staf J7 Laksma Chan Peng Cheong dan diberi Kawalan Hormat oleh pasukan MK AB.