31 OKT 2018 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) telah menerima lawatan kerja dari Panglima Angkatan Tentera (3).jpg31 OKT 2018 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) telah menerima lawatan kerja dari Panglima Angkatan Tentera (4).jpg31 OKT 2018 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) telah menerima lawatan kerja dari Panglima Angkatan Tentera (2).jpg31 OKT 2018 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) telah menerima lawatan kerja dari Panglima Angkatan Tentera (1).jpg

KUDAT, 31 OKT 2018 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) telah menerima lawatan kerja dari Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Hj Zainal Abidin. Lawatan PAT selama 3 hari bermula 30 Oktober 2018 sehingga 1 November 2018 disambut baik oleh Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2). Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan tempat dan kesiagaan Anggota di kawasan KTJ perairan Timur Sabah. Antara kawasan KTJ yang dilawati PAT adalah di Kem Karakit dan Pos Dogoton. Turut sama hadir Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohd Reza Bin Mohd Sany dan Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato' Sri Hj Abdul Mutalib Bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.