DSC_4153.JPGDSC_4183.JPGDSC_4173.JPGDSC_4212.JPG

KUALA LUMPUR, 1 November 2018 - Panglima Angkatan Bersama, Laksdya Dato' Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman hari ini mempengerusikan Mesyuarat MAF and Commander of The III Marine Expeditionary Force di Wisma Perwira ATM. Delegasi AS seramai enam orang yang diketuai oleh Lt Gen Eric M. Smith selaku Commander of the 3rd Marine Expeditionary Force. Antara perkara yang dibincangkan ialah perlaksanaan Eksesais Gabungan ATM dengan Amerika Syarikat serta keperluan-keperluan aset dan lojistik sewaktu latihan bersama diadakan. Turut hadir Mej Jen Dato' Roshaimi bin Zakaria AKS BPP serta pegawai kanan ATM.