11 NOV 18 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah menerima lawatan kerja dari Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (KS AB) (1).jpg11 NOV 18 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah menerima lawatan kerja dari Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (KS AB) (3).jpg11 NOV 18 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah menerima lawatan kerja dari Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (KS AB) (2).jpg11 NOV 18 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah menerima lawatan kerja dari Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (KS AB) (4).jpg

SEMPORNA, 11 NOV 18 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah menerima lawatan kerja dari Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (KS AB), Brig Jen Dato’ Hj Md Yusof bin Aziz. Lawatan KS AB selama 4 hari bermula 8 hingga 11 November 2018 disambut oleh Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2) Brig Jen Dato' Zarondin bin Md Amin dan warga MK ATB 2. Antara kawasan KTJ yang dilawati KS MK AB adalah MK Tak Kem Sri Wangsa, beberapa Pulau yang terlibat dengan OP PASIR serta Pangkalan Laut Tengku Sharifah Rodziah (PL TSR). Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri bagaimana pelaksanaaan operasi dan meninjau keadaan tempat serta kesiagaan Anggota di kawasan KTJ perairan Timur Sabah Brig Jen Dato’ Hj Md Yusof bin Aziz telah menjawat jawatan Ketua Staf berkuatkuasa pada 7 Sept 2018 setelah mengambil alih dari Mej Jen Dato' Masraini Paiman yang bersara.