13 Nov 18 - Majlis serah terima tugas (2).JPG13 Nov 18 - Majlis serah terima tugas (3).JPG13 Nov 18 - Majlis serah terima tugas (1).JPG13 Nov 18 - Majlis serah terima tugas (4).JPG

KUALA LUMPUR, 13 November 2018 - Majlis serah terima tugas beberapa pegawai kanan Markas Angkatan Bersama telah berlangsung di Dewan Seroja, Kementerian Pertahanan. Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman menyaksikan serah terima tugas Asisten Ketua Staf J3 MK AB diantara Lt Jeneral Dato' Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dengan Mej Jen Dato' Zulkapri bin Rahamat. Lt Jen Dato' Mohd Asghar Khan bertukar keluar menjawat jawatan Panglima Pendidikan & Latihan Tentera Udara. Panglima Angkatan Bersama turut menyaksikan serah terima tugas Pengarah J4 MK AB diantara Brig Jen Ab Aziz bin Mohd Sharif dengan pengganti beliau Kolonel Ir Khairul Said bin Mohd Ali. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Staf, pegawai kanan, serta warga MK AB.