SAMBUTAN HARI KELUARGA MK AB 2018 (1).JPGSAMBUTAN HARI KELUARGA MK AB 2018 (4).JPGSAMBUTAN HARI KELUARGA MK AB 2018 (3).JPGSAMBUTAN HARI KELUARGA MK AB 2018 (2).JPG

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2018 - Aktiviti Hari Keluarga Markas Angkatan Bersama telah diadakan di Kem Rimbaria Suara Hutan, Sungai Congkak, Hulu Langat. Aktiviti ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman. Turut hadir adalah Ketua Staf, Asisten-Asisten Ketua Staf, para pegawai dan anggota bersama keluarga masing-masing. Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti acara senam robik, lari dalam guni, tarik tali, bawa belon berpasangan, permainan kanak-kanak seperti isi air dalam botol dan bawa bola pingpong. Markas Angkatan Bersama yang sentiasa penuh dengan jadual menguruskan aktiviti seperti operasi dalam negara, operasi luar negara dan eksesais pelbagai negara serta pelbagai aktiviti dalaman, namun masa yang berkualiti bersama keluarga tetap diberi penekanan. Dalam masa yang sama semangat esprit de corp dikalangan warga MK AB dan ahli keluarga akan bertambah erat dengan pelaksanaan aktiviti seperti ini. Panglima Angkatan Bersama dan pegawai kanan markas ini turut serta bersama-sama anggota dan pegawai menyertai beberapa pertandingan. Walaupun bukan kejuaraan yang menjadi fokus dalam aktitivi seperti ini semangat kekeluargaan dalam markas ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan, perkhidmatan, kepakaran dan bidang telah mengeratkan lagi hubungan baik dikalangan mereka. Kanak-kanak yang hadir begitu teruja apabila menyertai pertandingan dikalangan mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran badut serta permainan belon yang diberikan amat menggembirakan mereka. Secara umumnya pelaksanaan aktiviti Hari Keluarga seperti ini mencapai objektif yang diharapkan oleh penganjut serta kebetulan bersesuaian masa dengan cuti sekolah.