LWTN PAB 11 (3).jpgLWTN PAB 11 (2).jpgLWTN PAB 11 (1).jpgLWTN PAB 11 (4).jpg

KUDAT, 5 Disember 2018 – Lawatan Kerja Panglima Angkatan Bersama (PAB), Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman serta rombongan ke KTJ OP PASIR Utara telah berlangsung pada 2 hingga 6 Disember 2018. Lawatan beliau ke Sabah dimulakan dengan meninjau tahap kesiapsiagaan anggota ATM yang bertugas di kawasan OP PASIR Utara. Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberikan taklimat operasi oleh setiap Ketua Penempatan di beberapa pos dan telah dibawa meninjau dan bertemu dengan para anggota yang bertugas di kawasan Op Pasir Utara. Turut sama hadir KS ATB 2, Kol Munraj Singh a/l Jughtar Singh TUDM, AKS J1 MK AB, Kept Mohd Kindil bin Md Akim TLDM, Pegawai Memerintah Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD), Leftenan Kolonel Azhar bin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan ATM.