MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA 9 jan 19 (4).JPGMAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA 9 jan 19 (3).JPGMAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA 9 jan 19 (1).JPGMAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA 9 jan 19 (2).JPG

KUALA LUMPUR, 9 Januari 2019 – Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama (PAB) telah diadakan di Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan. Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman merupakan PAB Ke-11 dan telah memegang tampuk pemerintahan MK AB pada 10 Julai 2018 yang lalu. Beliau akan menamatkan perkhidmatan pada tahun ini setelah 42 tahun menabur bakti pada ibu pertiwi. Upacara Serah Terima Tugas PAB di antara Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman dengan pengganti beliau Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.

Lt Jen Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki merupakan Ketua Eksekutif Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) sebelum dilantik sebagai PAB yang ke-12.Turut hadir dalam acara tersebut adalah YBhg Dato’ Halimi bin Abd Manaf KSU Kementerian Pertahanan, Panglima-panglima perkhidmatan, Pegawai-pegawai kanan ATM, warga MK AB serta MIDAS.