SEJARAH KONFLIK MINDANAO

Mindanao, adalah bahagian selatan kepulauan Filipina yang didominasi etnik muslim negara yang telah berjuang lebih empat ratus tahun untuk mewujudkan negara dan pemerintahan sendiri serta merdeka daripada penjajahan Sepanyol kemudian dari tanah jajahan Amerika yang baru di Filipina.Walaupun pelbagai usaha untuk bersatu dan memerintah rantau ini, penentangan bersenjata oleh pelbagai kumpulan Islam Filipina terus melakukan penentangan secara berkala sepanjang pemerintahan penjajah Amerika dan diteruskan selepas Filipina menjadi sebuah negara yang merdeka pada 4 Julai 1946.

Pada bulan Mac 1960, Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) telah ditubuhkan oleh Nur Misuari, daripada Suku Tausug Sulu dengan membangkitkan pemberontakan bersenjatadi Mindanao dengan keinginan untuk mewujudkan negara yang merdeka, Bangsamoro Mindanao Muslim. Pada tahun 1976, Perjanjian Tripoli telah ditandatangani di Libya antara Kerajaan Filipina dan MNLF yang menyediakan kuasa autonomi politik untuk tiga belas wilayah Mindanao, Sulu dan Palawan.

Kegagalan untuk mengamalkan autonomi membawa kepada perpecahan dalam MNLF, di mana perbezaan pendapat antara pemimpin puak etno-linguistik dan politik yang berbeza, Hashim Salamat dengan sokongan yang kuat pengikut Maguindanao-Iranun, menubuhkan Barisan Pembebasan Islam Moro atau MILF pada tahun 1977. Akhirnya pada tahun 1996, Perjanjian Damai Final MNLF-GRP 1996 telah ditandatangani antara Duta Manual Tan (GRP) Nur Misuari (Pengerusi MNLF), dan Ali Al-Atas (Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Indonesia dan Pengerusi OIC).

Pada awal tahun 2000, pertempuran berterusan Angkatan Pembebasan Islam Moro di North Cotabato dan Maguindanao menyebabkan Presiden Joseph Estrada untuk mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap MILF yang menyebabkan beratus-ratus beribu-ribu orang pelarian dan beribu-ribu kematian. MILF terus berjuang untuk mengejar cita-cita bagi pemerintahan sendiri Bangsamoro melalui konflik bersenjata dan kemudian terlibat dalam rundingan damai pada tahun 1997 antara Presiden Gloria Macapagal-Arroyo dan pemimpin MILF Ebrahim Murad dan menjemput PM Mahathir untuk Malaysia bagi memudahkan proses damai di Mindanao. Ini membawa kepada pembentukan Pasukan Pemantau Antarabangsa pada 10 Oktober 2004.

Melalui rundingan damai yang ketat antara Kerajaan Filipina dan MILF, Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro pada 15 Okt 2012 dimaterai di Manila. Pencapaian yang kukuh diharapkan akan membuka perjalanan keamanan berkekalan di Mindanao.


LATAR BELAKANG TPA

Tim Pemantau Antarabangsa (TPA) International Monitoring Team (IMT) terlibat dalam proses damai di Mindanao bermula apabila Presiden Gloria Macapagal Arroyo meminta bantuan daripada kerajaan Malaysia untuk membantu dalam meneruskan rundingan yang terhenti antara Kerajaan Filipina (GPH) dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Rundingan ini telah bermula pada bulan Januari 1997 tetapi terhenti pada tahun 2000 selepas tentera kerajaan melancarkan perang habis-habisan terhadap MILF. Kuala Lumpur memberi maklum balas positif kepada permintaan Manila sebagai fasilitator rundingan damai dan kemudian mengatur gerakkan TPA di Mindanao pada tahun 2004 bagi menyokong rundingan damai yang berterusan.

Sejak itu, beberapa kontinjen terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam dan tentera dari Malaysia, Brunei, Libya (menarik diri daripada TPA pada tahun 2011), Jepun, Kesatuan Eropah dan Norway serta Indonesia (bersama TPA pada tahun 2012) telah diaturgerak ke Mindanao. Walau bagaimanapun, pada tahun 2008, penglibatan TPA telah dikurangkan apabila kontinjen Malaysia menarik diri daripada misi disebabkan kegagalan Memorandum Perjanjian Ancestral Domain (MOA-AD). Kontinjen Malaysia menyambung penglibatan misi pada tahun 2010 sehingga kini. Pada asasnya, peranan utama misi TPA di Mindanao adalah untuk memantau pelaksanaan perjanjian damai bagi mengelakan konflik antara kedua-dua pihak dan untuk meneruskan penglibatan konstruktif untuk menggalakkan, mempromosi dan mengekalkan persekitaran yang selamat di kawasan misi.

Dalam melaksanakan mandat ini, TPA telah dibahagikan kepada empat komponen iaitu Komponen Keselamatan, Komponen Kemanusiaan, Rehabilitasi dan Pembangunan, Komponen Bantuan Sosio Ekonomi dan Komponen Perlindungan Awam. Peranan dan tanggungjawab IMT ini dipertingkatkan lagi dengan penubuhan lima Team Sites seluruh Mindanoa, iaitu MarkasTPA dan Team Site 1 ada dalam Cotabato City. Team Site 2 dalam Illigan City, Team Site 3 di Zamboanga City dan Team Site 4 di General Santos City manakala Team Site 5 di Davao City.