Eksesais Latihan Gabungan Bersama Malaysia Indonesia Darat Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) adalah eksesais bilateral di antara ATM dan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Eksesais ini dilaksanakan 3 tahun sekali dan dianjurkan secara bergilir-gilir antara ATM dan TNI. . Tujuan eksesais ini diadakan adalah untuk melatih Combined Joint Task Force (CJTF) yang dibentuk dalam penyediaan menangani sebarang kemungkinan di kedua-dua buah negara di samping meningkatkan kerjasama, persefahaman dan profesionalisme antara kedua – dua pasukan ATM dan TNI beserta komponen bantuan. Objektif eksesais adalah seperti berikut:
1. Mewujudkan strategi cegah rintang dan daya tangkal (deterrence and denial strategy) yang dirancang oleh kedua-dua negara dalam menangani sebarang ancaman.
2. Meningkatkan kemampuan kedua – dua negara dalam melakukan tindakan keselamatan bersama di perbatasan terhadap segala ancaman.
3. Meningkatkan Confidence Building Measure (CBM) terhadap konsep Operasi Gabungan Bersama (GABMA) dalam menangani keganasan bagi menghadapi situasi sebenar di medan.
4. Melaksanakan perancangan kempen Angkatan Tugas Bersama di peringkat operasional serta agensi lain dalam mengaplikasikan doktrin menangani keganasan dan bencana yang diakibatkan olehnya.
5. CJTF-CT yang dibentuk serta agensi lain mampu mengaplikasikan prosedur, taktik dan teknik menangani keganasan dan bencana yang diakibatkan olehnya.
6. Meningkatkan silaturahim antara ATM dan TNI dengan agensi lain.
7. Meningkatkan silaturahim antara ATM dan TNI dan agensi lain dengan masyarakat setempat melalui aktiviti jiwa murni di sekitar kawasan eksesais.
8. Menguji PROTAP GABMA MALINDO seperti berikut :
a. PROTAP 16 berkaitan Operasi Menangani Keganasan.
b. PROTAP 17 berkaitan Operasi Menangani Bencana.
c. PROTAP 18 berkaitan Prosedur, Taktik dan Teknik menangani keganasan.
d. PROTAP 19 berkaitan Prosedur Menangani Bencana.