MALBATT

Bermula daripada Malaysian Contingent (MALCON) pada tahun 2007, pencapaian dan prestasi pasukan ATM dalam penglibatan sebanyak 15 misi UNIFIL telah meyakinkan PBB memberi mandat baru untuk menubuhkan MALBATT 850 mulai 2013. Penugasan utama MALBATT 850 adalah melaksanakan misi pengaman di Selatan Lubnan yang dikenali sebagai United Nation Interim Forces in Lebanon (UNIFIL). Komposisi MALBATT 850 terdiri daripada pegawai dan anggota ketiga-tiga perkhidmatan ATM, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan pegawai kewangan KEMENTAH. Tempoh penugasan bagi setiap MALBATT 850 adalah selama 1 tahun. Pada masa kini, hanya fasa 3 dan fasa 4 telah mencapai kemajuan berdasarkan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB daripada 5 fasa seperti berikut:

Fasa 1. Mencegah/menghalang bermulanya pertelingkahan.

Fasa 2. Pengunduran Israel Defence Force (IDF).

Fasa 3. Peralihan dalam membantu Lebanese Armed Forces (LAF) mencapai taraf keupayaan  operasi penuh bagi menentukan keselamatan Lubnan.

Fasa 4. Penstabilan.

Fasa 5. Pengurangan dan pengunduran pasukan pengaman PBB.

Skip to content