Eksesais ini melibatkan ATM bersama dengan Angkatan Tentera Laut Perancis (FAF) yang diadakan secara opportunity basis bagi menjalin kerjasama antara kedua angkatan tentera. Pelaksanaan eksesais adalah secara TTX dan FTX. Eksesais ini dilaksanakan kali terakhir pada tahun 2015 di Mersing, Johor yang melibatkan kehadiran kapal ‘FNS Dismude’. Penglibatan ATM di dalam eksesais ini adalah seramai 106 anggota disamping penglibatan pesawat EC725 dari Tentera Udara Diraja Malaysia.