Organisasi Markas Angkatan Bersama

ORGANISASI AWAL.

Sepanjang penubuhan terdapat beberapa siri pindaan terhadap perjawatan MK AB. Perintah Penubuhan MK AB telah dikeluarkan pada 4 September 2007 di mana ia telah ditandatangani oleh Mej Jen Dato’ Allatif bin Mohd Noor yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Staf MK ATM setelah waran perjawatan diluluskan iaitu Waran Perjawatan Bil. K 77 Tahun 2007 berkuatkuasa 16 Julai 2007. Kementerian  Kewangan Malaysia kemudiannya meluluskan rayuan terhadap cadangan pengukuhan MK AB.

 ORGANISASI 2012.

Pada 9 April 2012 perintah penyusunan semula/pindaan perjawatan MK AB telah dikeluarkan serta meluluskan perjawatan baharu. Dengan keluarnya perintah penyusunan semula ini, kesemua pindaan perjawatan tahun 2007 terbatal dan perjawatan baharu telah berkuatkuasa mulai 1 April 2012. Perintah penyusunan semula/pindaan perjawatan itu dikeluarkan berikutan sebanyak 30 perjawatan Pusat Peperangan Bersama (PESAMA) telah diserapkan kepada MK ATM – BOLP. Perintah penyusunan semula perjawatan/pindaan MK AB ini juga bertujuan untuk menyusun semula perjawatan sedia ada serta memperbaharui penubuhan yang lama agar lebih sistematik dan relevan dengan keperluan semasa ketika itu.

 ORGANISASI 2014.

Bersesuaian dengan kelulusan serta penambahan 30 perjawatan baharu di MK AB, perintah penyusunan  semula/pindaan perjawatan kedua MK AB telah dikeluarkan pada 9 Mei 2014. Pindaan perjawatan ini turut disesuaikan dengan perubahan terkini Bekalan 60 (B 60) bagi membolehkan MK AB terus berfungsi dengan lebih efektif dan efisien.

ORGANISASI 2020.

Mengambil faktor keperluan dan bebanan tugas yang bertambah setelah MK AB berpindah ke Kuantan, Pahang dan beroperasi secara sendiri (independent), beberapa siri pembentangan Kertas Cadangan Perjawatan (KCP) yang baharu telah diadakan. Perintah organisasi baharu MK AB telah dikeluarkan pada 31 Disember 2020. 

Skip to content