Sejarah Markas Angkatan Bersama

SEJARAH PENUBUHAN MK AB

MK AB telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 16 Julai 2007. Maka dengan kelulusan tersebut, MK AB telah ditubuhkan dengan secara rasminya. MK AB diwujudkan untuk mengendalikan semua operasi yang berbentuk ‘bersama’ yakni yang melibatkan dua Perkhidmatan atau lebih dalam ATM. Konsep Assigned Forces memberi penekanan kepada sokongan oleh setiap Perkhidmatan terhadap semua operasi dan latihan Angkatan Bersama dengan meletakkan komponen-komponen Tempur dan Bantuan Perkhidmatan di bawah pemerintahan serta kawalan operasi Panglima Angkatan Bersama. Manakala tugas “raise, train and maintain” kekal di bawah tanggungjawab setiap Perkhidmatan. Secara amnya, trup dan aset Perkhidmatan akan diassigned mengikut sistem pusingan yang termaktub di dalam Perkhidmatan masing-masing. Bagi operasi dalam negara, setakat ini, MK AB hanya bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Op PASIR & Op Daratan sahaja. Operasi ini melibatkan gabungan trup dan aset daripada ketiga-tiga cabang Perkhidmatan. Selain itu, MK AB juga bertanggungjawab untuk merancang, mengkoordinasi dan mengendalikan semua operasi dan eksesais bersama, bersepadu dan gabungan yang melibatkan dua atau lebih dalam Perkhidmatan. Ia juga berperanan untuk menyelaraskan keperluan penglibatan ATM dalam operasi dan misi PBB.

VISI

Menjadi Pemerintahan Angkatan Bersama yang Kredibel

MISI

Melaksanakan Operasi Bersama dengan Efektif

PERNYATAAN MATLAMAT

Kecemerlangan Beroperasi
Tenaga Kerja Profesional dan Kompeten
Budaya Kerja Cemerlang
Agensi Peneraju Operasi Bersama

PERANAN MK AB

Sebagai Pemerintahan Peringkat Operasi (Operational Level Command) yang bertanggungjawab terhadap Merancang dan Melaksanakan semua Operasi Bersama (Joint Operations), Operasi yang Berkemungkinan Menjadi Bersama (Potentially Joint), Operasi Gabungan (Combined), Operasi Bersepadu (Integrated) dan Pelbagai Negara (Multi National) seperti operasi di bawah Piagam PBB.

Skip to content