PANGLIMA

LEFTENAN JENERAL DATO’ NOOR MOHAMAD AKMAR BIN MOHD DOM RMAF PSAT DIMP PAT KAT PJM PPS PPA ndc mpat psc jt TUDM

Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM dilahirkan di Kuala Lumpur pada 9 Mei 1965. Beliau telah ditauliahkan sebagai pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada tahun 1985 selepas menamatkan latihan ketenteraan di sekolah Pegawai Kadet, Maktab Tentera Diraja. Setelah tamat latihan asas penerbangan pada tahun 1987, beliau telah menjalankan tugas penerbangan operasi sebagai juruterbang pesawat seperti Aermacchi MB 339A, Northrop F-5E/F dan Fulcrum MiG 29N. Beliau telah mengikuti pelbagai kursus di Malaysia dan luar negara seperti Kursus Staf Angkatan Tentera Malaysia, Program Pembangunan Eksekutif di Brunei, MAJDP di Australia, MAF Defence College dan NDC di Bangladesh. Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Komander Pangkalan Udara Kuantan, Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2, Pengarah Perisikan Udara, Ketua Pegawai Staf di ESSCOM, Ketua Pengarah Pelan Pembangunan ATM, Asisten Ketua Staf Perancangan Pertahanan ATM dan Asisten Ketua Staf Bahagian Sumber Manusia TUDM. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan di Pusat Latihan Terbang 2 dan 3 TUDM.

Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama mulai 6 Disember 2022. Sebagai pengiktirafan kepada dedikasi dan sumbangan beliau kepada negara, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah diantaranya Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) yang dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ oleh DYMM sultan Pahang. Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM telah berkahwin dengan Datin Noorisah binti Muhammad dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Skip to content