Soalan Lazim

Berapa lama MK AB membuat siasatan?

 

Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang rumit yang melibatkan beberapa agensi, ia mungkin mengambil masa untuk menyiasat.

Apa berlaku kepada aduan saya?

MK AB akan menghantar Surat Akuan Terima kepada anda dengan segera. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda.

Bagaimana cara membuat aduan?

 

MK AB telah menyediakan saluran aduan melalui SISPAA ATM.

 

Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada MK AB?

 

Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh diadukan kepada MK AB. Antaranya yang melibatkan perkara berikut: Jawatankuasa Kira-kira Awam. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

 

Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?

 

Tidak boleh. Kami hanya akan melakukan siasatan sekiranya maklumat mencukupi dalam aduan.

 

Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

 

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama.

 

Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

 

Tiada bayaran dikenakan.

Skip to content