Pelan Strategik Bersama menumpukan tiga (3) Teras Strategik yang menjadi tonggak kepada pencapaian misi dan visi MK AB seperti berikut:
MEMASTIKAN KEUPAYAAN DAN KESIAGAAN OPERASI BERSAMA
MK AB harus menjana keupayaan Operasi Bersama yang berintegrasi, seimbang, tangkas dan responsif. Bermula daripada penambahbaikan polisi, doktrin Operasi Bersama, diikuti mempertingkatkan keupayaan sistem komunikasi dan C2 yang efisien, sistem pengurusan logistik dan sumber manusia yang mampan, mempertingkatkan kesiagaan melalui perlaksanaan eksesais bersama yang dinamik dan efektif.
MEMPERKASAKAN PERHUBUNGAN STRATEGIK
Memartabatkan imej ATM di arena antarabangsa melalui operasi dan eksesais gabungan/bersama serta menentukan kepentingan negara sentiasa terjamin melalui kerjasama agensi/awam secara dua hala dan Diplomasi Pertahanan (Defence Diplomacy) serantau dan antarabangsa. Melaksanakan inisiatif-inisiatif yang dapat mengeratkan hubungan antara tentera dan rakyat jelata serta menyemarakkan kewibawaan dan kemampuan ATM demi kepentingan kesejahteraan negara.
MEMPERTINGKATKAN KECEMERLANGAN MODAL INSAN
Pengurusan modal insan memerlukan perancangan yang komprehensif dan konsisten bagi mewujudkan warga MK AB yang berpengetahuan, kompeten dan bermotivasi. Pembangunan Modal Insan yang fokus knowledged based serta multi-skill adalah untuk meningkatkan tahap profesionalisme staf dan anggota dalam penugasan Operasi dan Eksesais di arena antarabangsa.