Penganjuran Eksesais BERSAMA WARRIOR 2022 (BW 22) telah berjaya mencapai objektifnya bagi menguji tahap profesionalisme serta kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Angkatan Tentera Amerika Syarikat dalam merancang dan melaksanakan operasi secara bersama. Eksesais BW 22 merupakan eksesais tahunan antara Angkatan Tentera Malaysia dengan Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan kedua-dua negara telah dilaksanakan secara Command Post Exercise (CPX) bermula dari 4 Jun 2022 sehingga 17 Jun 2022 di Pusat Simulasi Olah Perang, Markas Angkatan Bersama, Kuantan, Pahang. Selain meningkatkan persefahaman, πͺπ―π΅π¦π³π°π±π¦π³π’π£πͺππͺπ΅πΊ dan keupayaan kedua-dua pihak dalam merancang serta melaksanakan operasi secara bersama/gabungan, penganjuran Eks BW 22 ini turut berjaya merapatkan hubungan erat yang telah sekian lama terjalin di antara ATM dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Kejayaan Eks BW 22 ini juga membuktikan keupayaan Markas Angkatan Bersama bukan sahaja dalam aspek menganjurkan eksesais yang berskala besar tetapi juga penggunaan teknologi terkini dalam memastikan objektif eksesais tercapai. Majlis penutup Eks BW 22 pada kali ini telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama, Mej Jen Datoβ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM. Turut Hadir adalah Mej Jen Reginald Neal, Deputy Commanding General for the U.S. Army Pacific (USARPAC). Eksesais pada kali ini telah melibatkan seramai 237 orang anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat termasuk kakitangan awam dari kedua-dua negara.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- EKSESAIS BERSAMA WARRIOR BERJAYA CAPAI OBJEKTIF