HARI PENGAJIAN MK AB

Bahagian J3-Operasi Domestik, Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah menganjurkan Taklimat bersempena dengan hari pengajian yang bertajuk “Cabaran Seorang Komander Sebagai Pemerintah Op Pasir” bersempena dengan Hari Pengajian MK AB bertempat di Auditorium Mat Kilau. Taklimat telah disampaikan oleh Brig Jen Abdul Karim bin Ahmad Komander Markas Angkatan Tugas 2 Bersama (KATB 2). Objektif utama pelaksanaan taklimat ini adalah memberi pendedahan kepada warga MK AB tentang cabaran-cabaran ketika melaksanakan Op Pasir Di Sabah.
Skip to content