Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Muez bin Abdul Aziz telah menyempurnakan majlis perasmian Tactical Operation Centre (TOC) MALBATT 850-9 di UNP 2-1 Kem Marakah, Selatan Lubnan pada 09 Julai 2022. Terlebih dahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia bersama delegasi diberi taklimat mengenai aspek pengurusan Gerakan, Tadbir dan Logistik. Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada beliau untuk melihat lebih dekat dan jelas mengenai pengurusan MALBATT 850-9 daripada selesai Transfer of Authority pada 13 Nov 2021 lalu. Taklimat operasi ini telah disampaikan oleh Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin, Komander MALBATT 850-9.Seterusnya beliau telah dibawa ke 𝘙𝘰𝘰𝘧 𝘛𝘰𝘱 untuk sesi taklimat mengenai penempatan Kem Marakah. 𝘙𝘰𝘰𝘧 𝘛𝘰𝘱 briefing ini telah disampaikan oleh Kpl Amutha a/p Silvadorai selaku staf Sel Gerak.
Sesudah taklimat Rooftop, beliau telah merasmikan Tactical Operation Centre (TOC) baru MALBATT 850-9. Pusat Kawalan Operasi atau lebih dikenali TOC merupakan pusat Perintah dan Kawalan bagi sesebuah Batalion dalam memastikan segala perlaksanaan operasi dan tugas pentadbiran dapat berjalan dengan lancar. Tugasan dan tanggungjawab Pusat Kawalan Operasi adalah memantau perlaksanaan Operasi Trup Tempur MALBATT 850-9 seiring dengan pengarahan Komander Sektor Barat dan Pusat Kawalan Operasi Markas Sektor Barat dengan mengkoordinasikan pergerakan dan penugasan setiap Trup Tempur MALBATT 850. Dikesempatan yang sama beliau telah dibawa 𝘑𝘰𝘺 𝘙𝘪𝘥𝘦 dengan menaiki Condor RPZ dibawah selian Kapt Mohd Amirul Asraf bin Ramli, Rejimen Tek Ajutan (RTA) dan Guardian yang dipandu sendiri oleh Komander MALBATT 850-9 untuk melawat sekitar Kem Marakah.
Seterusnya, beliau dibawa ke Elemen Worksyop. Taklimat yang disampaikan oleh Mej Abd Rahman bin Zulkefli mengenai Taklimat Servisibiliti KJA merangkumi kesiapsiagaan aset MALBATT 850-9 khasnya Kenderaan Jenis A (KJA) dan Kenderaan Jenis B (KJB) serta pencapaian produktiviti semasa. Selesai mendengar taklimat dari Elm Worksyop, beliau bersama delegasi bergegas ke Helipad UNP 2-1 bagi mendengar taklimat terakhir dari Elm Jurutera iaitu: Taklimat Cadangan Pembinaan Garaj Kenderaan berbumbung bagi Kenderaan Jenis A dan B. Taklimat ini disampai oleh Mej Mohd Nurul bin Hasan, Ketua Elemen Jurutera. Di akhir lawatan, beliau menzahirkan rasa amat berpuas hati dan berterima kasih diatas pengelolaan lawatan kerja beliau ke MALBATT 850-9. Beliau juga turut menyatakan rasa kagum di atas profesionalisme yang telah dipamerkan oleh Warga Harimau Biru yang mana ianya sejajar dengan Tonggak Kedua Komander MALBATT 850-9 iaitu Organisasi yang Anjal dengan pengukuhan dasar-dasar semasa UNIFIL perlu diimplemenkan kepada setiap peringkat pemerintahan agar mencapai keberhasilan kerja dan impak yang dikehendaki.