KSU SANTUNI WARGA KEM TIBNIN

Brig Jen (K) Dato’ Sri Muez bin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia bersama para delegasi telah menyantuni warga MALBATT 850-9 di Kem Tibnin dalam satu majlis ramah mesra ringkas di UNP 6-43 Kem Tibnin pada 10 Jul 22. Terdahulu dari itu, KSU bersama para delegasi telah merasmikan Tactical Operation Centre (TOC) Kem Tibnin. Usai Perasmian TOC Kem Tibnin, KSU serta para delegasi kemudiannya menjamu selera menikmati jamuan sarapan pagi bersama-sama warga Kem Tibnin. Aktiviti ini bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha peringkat Kem Tibnin. Aktiviti ini menjadi satu medium penyampaian serta tanggungjawab kepimpinan MinDef untuk menyampaikan maklumat, ingatan serta perkara penting dan situasi semasa. Aktiviti ini dilaksanakan bagi mengeratkan ukhwah di kalangan keluarga MALBATT 850-9 walaupun mereka menduduki kem yang berbeza. Semangat kekeluargaan seperti ini menjadi tunjang kekuatan moral MALBATT 850-9. Majlis turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Bersama; Lt Jeneral Dato Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM, Presiden PUSPAHANAS; Laksdya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Petra bin Syed Abdullah, SUB Kewangan KEMENTAH; Datuk Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Asisten Ketua Staf J2 MK AB; Brig Jen Dato’ Md Rahim bin Mohamad, Ketua Pengarah KAGAT; Mej Jen Haji Mohd Rashidi bin Bujai, delegasi- delegasi Kementerian Pertahanan Malaysia.
Skip to content