KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER MALBATT 850-9 KE KEM SHAMA, LUBNAN.

Shama: Komander MALBATT 850-9, Kol Megat Maz Ardi bin Hj Nohuddin telah mengadakan kunjungan hormat kepada Komander Sektor Barat, Brig Jen Stefano Lagorio di pejabat beliau Kem Shama, Lubnan pada 16 November 2021. Ketibaan Komander MALBATT 850-9 telah disambut oleh Komander Sektor Barat dan Pegawai Kanan di perkarangan Sektor Barat.Dalam pertemuan singkat ini, kedua-dua Komander mengadakan sesi perbincangan dan bertukar pendapat dalam situasi perkara semasa dan penilaian terhadap aturgerak di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) masing-masing. Komander MALBATT-9 mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menerima kunjungan beliau.Acara diakhiri dengan penukaran cenderahati di antara kedua Komander sebagai tanda pengukuhan ikatan kedua-dua komander yang bertugas di bawah misi UNIFIL.
 
Skip to content