KUALA LUMPUR, 11 Januari 2023 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menerima Kunjungan Hormat daripada Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM di Pejabat PTD, Wisma Pertahanan pada hari ini. Kunjungan Hormat sempena pelantikan Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM sebagai Panglima Angkatan Bersama pada 6 Disember 2022 yang lalu. Kunjungan Hormat ini juga bagi mendapatkan pandangan dan nasihat daripada kepimpinan tertinggi Tentera Darat Malaysia (TDM). Seluruh warga TDM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM dan semoga organisasi yang diterajui akan terus memacu ke arah kecemerlangan.