LAWATAN KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah sudi mencemar duli melakukan lawatan kerja ke Markas Angkatan Bersama (MK AB). Keberangkatan tiba KDYMM Pemangku Raja telah disambut oleh Lt Jen Dato’ Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama. Turut mengiringi KDYMM Pemangku Raja ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. KDYMM Pemangku Raja telah dipersembahkan taklimat berkenaan peranan dan operasi yang dilaksanakan oleh MK AB. Baginda turut berinteraksi secara sidang video dengan pegawai dan anggota yang melaksanakan tugas operasi di Sabah serta dibawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. KDYMM Pemangku Raja turut dibawa melawat sekitar kompleks MK AB bagi melihat sendiri kemudahan serta kelengkapan yang terdapat di MK AB.

Skip to content