MAJLIS HARI RAYA AIDILADHA MALBATT 850-9 BERSAMA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTAHANAN

MALBATT 850-9 telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun 2022 bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Brig Jen (K) Dato’ Sri Muez bin Abdul Aziz bertempat di Dewan Junsang, UNP 2-1 Kem Marakah pada 9 Jul 22. Ketibaan KSU bersama delegasi telah disambut oleh Panglima Angkatan Bersama; Lt Jeneral Dato Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM bersama Komander MALBATT 850-9; Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin serta para delegasi. Majlis yang dihadiri oleh KSU Kementerian Pertahanan Malaysia bersama delegasi ini merupakan satu kesyukuran kepada MALBATT 850-9 untuk bersama pucuk pimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan di majlis berbahagia ini. Sempena majlis ini juga, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia turut menyampaikan sumbangan yang disediakan kepada MALBATT 850-9 di majlis ini. Majlis yang dikoordinasikan oleh warga Harimau Biru ini dihidangkan dengan pelbagai juadah Hari Raya Aidil Adha kepada para tetamu yang hadir di samping mereka turut disajikan dengan persembahan hiburan daripada Kumpulan Karmatari dan Tiger’s D Blues. Hadir sama di majlis ini ialah Presiden PUSPAHANAS; Laksdya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Petra bin Syed Abdullah, SUB Kewangan KEMENTAH; Datuk Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Asisten Ketua Staf J2 MK AB; Brig Jen Dato’ Md Rahim bin Mohamad, Ketua Pengarah KAGAT; Mej Jen Haji Mohd Rashidi bin Bujai.
Skip to content