Markas Angkatan Bersama telah mengadakan Program Ibadah Korban 1443H. Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad tajuddin bin Abdul Ghani dan Asisten Ketua Staf J3, Mejar Jeneral Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM turut turun padang menyertai program tersebut bersama warga Markas Angkatan Bersama. Majlis dimulakan dengan penyerahan simbolik pisau Program Ibadah Korban oleh Ketua Staf MK AB, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad tajuddin bin Abdul Ghani kepada Pengerusi Surau Al-Mustaffa Markas Angkatan Bersama, Laksamana Pertama Hj Muhammad Rodhi bin Ariffin dan diteruskan lagi dengan acara penyembelihan dua ekor lembu korban serta diakhiri dengan pengagihan daging korban yang disempurnakan oleh Ketua Staf MK AB. Semoga ibadah korban pada tahun ini mendapat keberkatan serta meningkatkan lagi ketakwaan warga Markas Angkatan Bersama.