NAQOURA : Ex STEEL STORM merupakan latihan menembak anjuran MK UNIFIL melibatkan trup UNIFIL dari Sektor Barat dan Sektor Timur serta Lebanese Armed Forces (LAF) dengan pelbagai sistem persenjataan dan kenderaan perisai telah dilaksanakan pada 20 hingga 23 Sep 2022 di Naquora Sea Firing Range, Selatan Lubnan. Eksesais ini bertujuan untuk menilai tahap kompetensi dan keupayaan Trup dan aset-aset Kontinjen di bawah UNIFIL, meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan fungsi senjata serta meningkatkan Hubungan Diplomasi di antara Trup-Trup UNIFIL yang lain. Majlis Penutup eksesais pada hari ini berkonsepkan pameran statik sistem persenjataan tempur, kenderaan tempur dan perisai serta demonstrasi dinamik. Penglibatan MALBATT 850-9 dalam Ex STEEL STORM merupakan kali kedua dalam siri Live Firing Exercise (LFX) di lapang sasar yang sama pada 20 Sep 22 yang lalu. Antara Aset yang digunakan MALBATT 850-9 ialah APC Guardian 4 x 4. Disamping itu, latihan menembak ini juga melibatkan anggota infantri dari Kompeni Tempur serta sniper oleh Elemen BMR dan CRT.
Selain itu, latihan ini juga dapat meningkatkan persefahaman dan pengoperasian taktikal bersama di mana ianya boleh menyumbang ke arah pelaksanaan operasi bersama yang lebih berkesan. Majlis penutup Ex STEEL STORM ini telah disempurnakan Maj Gen Aroldo Lazaro, Head of Mission/Force Commander (HoM/FC). Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan berpuas hati dengan penglibatan semua Trup UNIFIL pada tahun ini. Tambahannya lagi, sikap profesional dan imej yang telah dipamerkan semua trup sepanjang eksesais berlangsung hendaklah dikekalkan pada sebilang masa. Secara tidak langsung, latihan sebegini dapat mengeratkan kesatuan Trup UNIFIL dan berkongsi pengalaman serta menjadi platform kepada semua Trup UNIFIL dalam meningkatkan pengetahuan keupayaan sistem persenjataan dan daya tempur. Turut hadir Komander MK Sektor Barat dan Sektor Timur, semua Kontinjen Komander, Peg Staf kedua-dua sektor selain dari penglibatan anggota Batalion dalam segmen pameran serta latihan menembak. Latihan ini sejajar dengan Teras Ketiga yang digariskan dalam pemerintahan Komander MALBATT 850-9 iaitu Hubungan Diplomasi melalui Lateral Engagement. Lateral Engagement juga perlu diperkukuhkan dengan perkongsian maklumat, eksesais dan operasi bersama, latihan dan program peningkatan kapasiti.