MARAKAH – Kejayaan sudah tentu pada awalnya diiringi dengan kesungguhan, tekad, usaha, serta minat yang mendalam dalam sesuatu rancangan. Sesuatu pencapaian bukan dapat digapai dengan mudah, bahkan ianya menuntut pengorbanan masa dan usaha kumpulan serta orang-orang di sekelilingnya. Perkara ini dibuktikan oleh Kontinjen MALBATT 850-9 yang sedang menjalankan Misi Keamanan UNIFIL di negara Lubnan. Kontinjen MALBATT 850-9 telah berjaya mengharumkan nama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Malaysia khasnya apabila berjaya memenangi tempat ke-3 bagi Force Commander Annual Enviromental Award 2022.
Sijil Penghargaan dan hadiah kemenangan tersebut telah disampaikan kepada Lt Kol Norzaini bin Ismail, Timbalan Komander MALBATT 850-9 oleh Major General Aroldo Lazaro Saenz, Force Commander/Head Of Mission (FC/HoM) pada 2 Jun 22 di UNIFIL HQ, Naqoura, Lebanon. Majlis ini telah diadakan bersempena dengan sambutan World Enviromental Day 2022 di peringkat UNIFIL. Tema pada tahun ini adalah “๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ ๐ธ๐๐๐กโ” dengan mesej “๐ผ๐ ๐กโ๐ ๐ข๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐๐ , ๐๐ ๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐ฆ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก๐ , ๐๐ข๐ก ๐กโ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ ๐ธ๐๐๐กโ”
Buat julung kalinya, Kontinjen MALBATT 850-9 telah menyertai pertandingan ini dengan projek “๐๐ข๐ฅ๐ก๐๐ข๐๐ฃ๐ฉ๐๐ฉ๐๐ค๐ฃ ๐๐ ๐๐ฃ๐ซ๐๐ง๐ค๐ข๐๐ฃ๐ฉ๐๐ก ๐๐ค๐ค๐ ๐๐ง๐๐๐ฉ๐๐๐”. Projek tersebut telah dijayakan oleh Pegawai Alam Sekitar MALBATT iaitu Kapten Wan Ahmadkamal Khushairy dan Kapten Muhammad Abdul Ghazali serta dibantu oleh Elemen Jurutera MALBATT 850-9. Penyertaan ini telah dijayakan dengan 3 x jenis implimentasi iaitu ๐๐ข๐ช๐ฏ๐ธ๐ข๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ข๐ณ๐ท๐ฆ๐ด๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต, ๐๐ณ๐ข๐ด๐ฉ ๐๐ณ๐ข๐ฑ ๐ง๐ฐ๐ณ ๐ธ๐ข๐ด๐ต๐ฆ ๐ธ๐ข๐ต๐ฆ๐ณ ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฐ๐ญ๐ข๐ณ ๐๐ฑ๐ฐ๐ต๐ญ๐ช๐จ๐ฉ๐ต di penempatan EP 00. ๐๐ณ๐ข๐ด๐ฉ ๐๐ณ๐ข๐ฑ ini dibina pada sistem peparitan penduduk setempat yang mana saliran ini terus mengalir ke Sungai Litani. ๐๐ณ๐ข๐ด๐ฉ ๐๐ณ๐ข๐ฑ digunakan untuk mengumpul sampah dari saliran tersebut dari terus mencemari Sungai Litani. ๐๐ข๐ช๐ฏ๐ธ๐ข๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ข๐ณ๐ท๐ฆ๐ด๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต pula telah memberi langkah penjimatan kepada warga EP 00 semasa bertugas dimana implementasi ini dapat menjimatkan penggunaan air bagi kegunaan harian yang tidak melibatkan kegunaan makanan dan minuman. Selain itu, penggunaan ๐๐ฐ๐ญ๐ข๐ณ ๐๐ฑ๐ฐ๐ต๐ญ๐ช๐จ๐ฉ๐ต juga digunakan dan telah menjimatkan penggunaan elektrik, janakuasa dan minyak diesel. Implementasi ini telah memberi impak yang besar kepada Alam Sekitar dan memberi kejayaan kepada Kontinjen MALBATT 850-9.
Penyertaan MALBATT 850-9 ini sejajar dengan Tonggak Keempat Komander MALBATT 850-9 iaitu โ๐๐ง๐ค๐๐๐จ๐๐ค๐ฃ๐๐ก ๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐๐ฉ๐๐ซ๐ ๐๐ค๐ก๐๐๐๐ง’. Teras ini melibatkan memperkasakan latihan, pengukuhan ilmu pengetahuan. Pelaksanaan latihan individu, kolektif dan bilateral atau multilateral serta latihan berterusan yang berkesan akan membolehkan penambahbaikan dilakukan terhadap profisiensi taktikal dan teknikal Warga Harimau Biru. Sejajar dengan itu, pengukuhan ilmu pengetahuan juga perlu diterapkan di setiap peringkat anggota bagi membolehkan Warga Harimau Biru sentiasa siaga dalam melaksanakan tugasan seharian.