MALBATT JADI TUMPUAN DI CULTURAL DAY 2022

Welfare and Recreation Committee di bawah MK UNIFIL telah menganjurkan Program Cultural Day bertempat di UNIFIL HQ Naquora, Lubnan pada 8 Jul 22. Acara ini bertujuan memperkenalkan budaya serta makanan tradisional Batalion-batalion yang bertugas di bawah UNIFIL. Keistimewaan Malaysian Battalion yang menjadi tarikan utama Batalion-Batalion negara lain adalah kepelbagaian budaya daripada masyarakat berbilang etnik. Ia menerusi persembahan tarian, alat muzik, makanan serta pakaian. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua Batalion dan Staf Awam yang berkhidmat di bawah MK UNIFIL. Turut sama-sama menjayakan persiapan Gerai MALBATT 850-9 adalah pegawai dan staf yang berkhidmat di MK UNIFIL.
Skip to content